Sunday, November 7, 2010

i-city..tmpt tgk lampu..tmpat rehatkn mata.

ceritanya bermula begini..sy,hani n irni telah p ke seksyen 7, shah alam utk lari dari terpenjara di plaza rah nih..
mlm itu kami smpai di komuter Padang Jawa, kami disambut riang oleh keluarga kak long irni.. kak long n abg sani dia je yang riang sebenarnya, sebab ank dia si ira n si waiz senyap memanjang je...malu agaknya..hehe

pas2, kami dicampak keluar dan dtinggalkn di tepi jalan..nk tau sebab ape?..sebab jalan mmg jem gile la wak2 tu..abg sani dia kata tggl je la bdk 3 org ni kt sini..bleh tlg kutip tol..haha..(xde la..main2 je la.. saje,kitorg mau singgah d i-city)..al-maklumlah...hani blom kenal ape itu i-city...hehe

mula2 jalan kaki menyusuri jalan raya yg jem itu..pas2 mendakilah kami utk ke tmpat lampu2 itu..hihi..

pas2, bermulah sesi photoshoot kami..em..agak byk la jgk kami amik gmbr2 poyo dgn lampu2 itu,..kikiki


iye..poyo2 d tgh org lalu-lalang..hihi

sengih2 lagi..kikiki..hepi jupe lampu merah..



klik2..klik3..klik4..



klik3 smpai dh letih nk senyum..kikiki :D


mmg agak enjoy la jugak photoshoot kali ni..hehe
kami pulang ke rumah kak long irni lbh kurang kul 11 lebih..fuhhhh..nsib bek bleh masuk lg..kalo x..nmpaknya bermalam di depan pintu la..hohohoho..
sekian la dulu...nk bg tgk gmbr je sbnrnye..heheh

Sunday, October 31, 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.



Makanan Yang Dilarang Untuk Pengantin Perempuan


RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabilakamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu

2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam


Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKUTELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

sekian.






Saturday, October 30, 2010

Diet Rasulullah

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)



CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

* Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.



Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"
sekian..

Wednesday, October 27, 2010

RIePot!!!


ngeh3...seperti tajuk di atas ni la kn..post kali ni berkaitan ngn report..hoho
jumaat ni nk kena submit..sblom final exam 1nov nnt..hohoh

alhamdulillah...setelah bertungkus-lumus,akhirnya siap! 8 tau?..ape yg 8? 8repot la kena submit..huh! bkn jumlah yg sket tuh..

nk tau style sy bt repot?..kikiki
mula2 bt cover page dulu..ada org suke bt isinya dulu..tp, sy suke wat cover page dulu..br ada semangat! haaha

brbalik kpd 8repot yg dh berjaya disiapkn tuh, nk bagi hdiah ape ek kt diri sendri ni?..
ye la...brsungguh-sungguh bt tau x..(brsungguh-sungguh tdo jgn cite la)..:P
wahai alaniah, anda nk ape?..

emm...ape yg sy nak ek? slalu tye cm2..what i want? what i want?..
bkn nk yg bsr2 sgt pn..bg tart telur pn ok la..kikiki

ok2..repot dah selesai..study utk exam cmne lak?..haih,bt2 tye lak..blom ag la..wawawa..
ok,xpe2..nk stat la ni...hehe :)

jom mula stdy...jgn lupe utk tido yg cukup jg ok!





Monday, October 25, 2010

Ukhwah Fillah


“Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian”

Monday, May 24, 2010

..bErTuaH pYe sUaMi..

1 petang,Ahmad dn istrinye brjlan2 mngambil angin di pntai.

Ahmad: Ayg, lau abg mati dlu...,ayg nk tggl ngn saper..
Istri: Ayg akn tggl ngn adk pompuan ayg, Suraya.
Ahmad: Oh.....
Istri: Lau ayg mti dlu, abg nk tggl ngn saper?
Ahmad: Adik pompuan ayg, Suraya...

cettt...brtuah pye laki...nmpk sgt ada hati nk amik si adik lakk..haha;p

Bos KoYa PowEr...HaHa


Meh kita gelak...! hihi

Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. "Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras "Dalam RM800" pekerja tu menjawap. Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN". Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat!

Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja
disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun".


........haahah...free2 je org pizza 2 dpt duit..........

Thursday, May 20, 2010

SanGGuL TinGGi


It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all.I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.

I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.


Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:


Quote::

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.


Rasulullah s.a.w bersabda:


Quote::

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”


–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-


I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar.I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.

Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.

Tuesday, May 18, 2010

**PASANGAN HIDUP**



Percaya atau x...kdg2 bkn kita yg x soleh, tapi pasangn kita yg dalam sedar atau x sedar yg buat kita jd x seberapa soleh...

contohnya :

kita kata nk bagi sratus utk mak wt blanje dapur, tp psgn kita plak kata, bnyak sgt tue...bg 50 pn dh ckup...

contoh lagi....

kita kata hujung mggu ni kita nk blik kmpung jenguk mak, ayah, tapi psgn kita lak kata asyik2 blik kmpung je..minyak tgh mahal ni..tol pn dah naik ni..tak payah dulu la...

tgk...ape nk jadi nih...ish3...


ni ada sket panduan nk cari pasangan hidup..
sebabnya utk membentuk hbgn yg serasi, kita kena ada pnduan sket2..
bnda ni x wajib ikut, tapi bgus la dr xde panduan langsung kn...huhu

bak kata org..."brjalan tgh gelap dgn ada satu kandil nun jauh d hujung lebih mudah berbnding berjalan dlm gelap segelap-gelapnya"..


sulung dengan sulung
pasangn ni dikatakn 'keras' - boleh jd x sehaluan. Ada harapan bertekak tiap2 hari. Kalau sekarang tgh bercinta, perlu perkasakn jiwa sebab nk bawa hbgn ke matlamat perkahwinan bukan senang. Sabar byk2. Bertolak ansur byk2 sebab dua2 mmg tegas dlm segala hal.
sulung dengan tengah
sulung selalunya bersikap memerintah, si tengah akn berubah sikap jadi penurut uth mengelak sebaran ketegangn. Kadang2 si tgh akan menganggap sulung terlalu menakutkn sebab dia selalu menggertak. Bagusnya ank tengah ni, dia serasi utk siapa shj.
anak tgh kalau dipasangkn dgn ank sulung, selalunya ank tgh mkn hati sket, sebab dia terpaksa rela mengabaikn kemahuan dan impiannya demi pasangn. tapi, mereka ni sebenrnya serasi sebab kalau ank tgh boleh brsikap mcm ank bongsu, itulah idealnya.
sulung dengan bongsu
inilah kombinasi paling serasi. Dengan sikap dominanny tu, si sulung mudah memimpin rumahtgga si bongsu boleh menurut. Si sulung dpt mengajar pasangnnya utk bertindak lebih tratur dan dewasa, terutama saat menghadapi mslh serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkn sikap serius si sulung dgn mengjaknya bersantai atau sekadar duduk2 berkhayal memandang ms dpn.
tengah dengan tengah
pasangan ni sgt serasi, dlm istilah lain saling melengkapi. Tapi sikap suka berahsia anak tgh kdg2 jd sebab yg serius dlm soal komunikasi. Biasanya apa pun mslh mudah dan cepat selesai sebab masing2 menjunjung tggi perdamaian dan ckup mudah berkrompomi.
tengah dengan bongsu
hubungan ni akn berjalan lancar, bila si ank tgh cenderung bersikap spt ank sulung. Kalau ank tgh menunjukkan ciri sejati, dia akn terbawa-bawa gaya si bongsu yg lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. ini berlaku terutama apabila ank tgh tu perempuan.
bongsu dengan bongsu
dua2 manja. selalunya susah sket utk bergerak senada dan seirama. berhati-hatilah! walaupn selalunya menyenangkn, tapi kdg2 jgn terlalu lihat pada kenyataan hierarki dlm keluarga sebab kalu kedua-dua begitu memang susah sket nk kawal keadaan.
*********ini sume sekadar hasil pengamatan, kajian berteraskn pengalaman dan teladan.
Tak wajib betul, harus salah....*************

Monday, May 17, 2010

Jom Banyakkn Wang!

nak idup dalam dunia skrg nih...sume perlu duit..
nak makan, minum, pakaian, umah, sekolah, mcm2 lah lg...
nak msuk toilet awam pn kena pakai duit woo...
tau x cara nk lipatgndakan wang dgn cepat???
caranyer....
.
.
.
.
.
letak dpn cermin!
hahahha...kn ttbe je nmpk 2x ganda kn...haha
jgn marah ya abe, kakok...hihi
saje2 gurau bewok..hheheh ;p

=MENANTU YANG LUAR BIASA=


Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...
****astaghfirullah..lawak 2 lawak la jgk..tp amik pengajaran ye!
~Jgn nilai org dr cara pemakaian je..
~solat subuh 2 rakaat je, paling sikit, kalo bnda len kita leh wat, xkn solat 2 rakaat pn xleh?? renungn utk diri sendiri jgk...****

Friday, May 14, 2010

permulaan n sebermulanya..


hari ni start buat blog..hehe

sume saem2 dh lm ada blog..ketinggalan zaman tul..haha

xpo2..mujur ada dr xdop..hihi

tggulah,nanti nk post mace2 sket..ada komen,jge segan2 nk lontarkn k!

u ol r warm welcomed k! =]